Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 27 April: Barisan Nasional kini sangat bimbang menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Sibu ekoran penolakan besar pengundi Cina terhadap mereka seperti ditunjukkan PRK Hulu Selangor 25 April lalu.
Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, BN akan menghadapi laluan sukar apabila majoriti masyarakat Sibu adalah dari kaum itu.
"Jika sentimen di semenanjung sama dengan sarawak, BN akan sukar di Sibu," katanya yang juga bekas pengarah pilihanraya PAS.
Pada PRK Hulu Selangor lalu, lebih 70 peratus pengundi Cina memberikan undi kepada PKR.
Zaid telah berjaya meningkatkan enam kali ganda undi berbanding PRU lalu.
Di Sibu, lebih 60 peratus pengundinya adalah Cina.
Dengan sentimen penolakan ini, ianya merisaukan pemimpin BN.
Pengerusi Perkasa, sayap ekstrem Umno, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan pengundi cina sebagai 'tidak sedar diri' apabila menolak BN.
Beliau mahu masyarakat Cina dihukum dengan menyekat sebarang peruntukan pembangunan ke kawasan mereka.
"Cuma yang saya tidak pasti adalah di Sibu, calon Cina BN akan lawan calon Cina Pakatan Rakyat.
"Jadi saya rasa ia sati pertembungan sengit," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakatan Rakyat dijangka akan mengumumkan calonnya daripada DAP bagi PRK itu pada satu majlis makan malam hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan