Angkasanuri
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sejak beberapa hari lepas telah menubuhkan bilik gerakan di Prima Beruntung, Bukit Beruntung Hulu Selangor.
Tujuannya hanya satu, untuk memastikan calon MIC dari BN menewaskan calon Pakatan Rakyat yang terdiri dari anak Melayu.
Adakah Perkasa telah mengikut jejak presidennya yang suka melompat dari satu batu dan tunggul untuk cari makan? Terbukti penubuhan Perkasa hanya gimik murahan kononnya membela dan memperjuangkan hak Melayu.
Memanglah Ibrahim Ali ini spesis yang tak tahu malu. Adakah Ibrahim Ali ini terlalu lemah matematik sehingga tak tahu angka dan peratus komposisi pengundi Melayu yang membentuk majoriti lebih 53.94% pengundi berbanding pengundi India hanya 18.98% di Hulu Selangor?
Mungkin juga Ibrahim Ali telah pening dengan angka kerana terlalu sibuk mengira keuntungan dan saham sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat judi di Genting Highlands.
Jika betul Perkasa memperjuangkan hak Melayu, Ibrahim Ali sepatutnya meletakkan calon untuk bertanding di Hulu Selangor.
Kemungkinan juga Ibrahim Ali cukup terdesak untuk melobi dan mendapat kepercayaan Perdana Menteri 1Malaysia untuk dilantik menduduki kerusi menteri atau timbalan menteri.
Bila sudah terlalu kemaruk sehingga lupa asal usul diri sendiri.Inilah orang yang kononnya sanggup menghunus keris untuk membela kepentingan Melayu tetapi kini bukan sahaja menjadi penyokong malah pejuang untuk calon MIC.
Boleh jadi Ibrahim Ali menjadikan hujah TPM 1Malaysia bahawa nama calon BN mencerminkan nama 1Malaysia sebagai dalil untuk menghalakan tindakan beliau berkempen untuk memenangkan calon MIC?
Selepas ini saya mencadangkan agar Ibrahim Ali melantik wakil dari MIC sama ada Samy Vellu atau G palanivel sebagai salah seorang AJK Perkasa.
Sekaligus ini akan memantapkan usaha Ibrahim Ali untuk membela dan menjaga kepentingan Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan