"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pindah pengundi: PKR bawa usul ke Parlimen

G. Manimaran

HULU SELANGOR, 20 April: Ahli Parlimen Kuantan dari PKR mahu Dewan Rakyat membincangkan perubahan tempat mengundi melibatkan lebih 13,000 pengundi pilihan raya kecil Hulu Selangor, yang didakwa boleh mencetuskan suasana kelab-kabut jika tidak ditangani segeram

Ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi, Fuziah Salleh berkata, beliau telah mengemukakan usul berkaitan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dan berharap Dewan Rakyat yang membincangkan perkara berkenaan.

Sejumlah pengundi itu dikatakan diubah tempat mengundi berbanding kedudukan 8 Mac 2008.

“Saya berharap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan membolehkan perkara ini dibincangkan dan jika tidak diterima, kami akan mengumumkan langkah susulan dalam sidang media nanti di Parlimen,” kata Pengarah Pilihan Raya PKR ini.

Usul beliau berbunyi, “dengan ini saya ingin mengusulkan supaya mesyuarat Dewan Rakyat ditangguhkan untuk membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.”

“Saya mencadangkan bahawa Dewan Rakyat membincangkan masalah dan implikasi perubahan pusat-pusat pengundian bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor yang akan menjejaskan kelancaran proses pilihan raya pada 25 April berikutan pertukaran mengejut pusat-pusat pengundian yang melibatkan 13,949 pemilih ke pusat-pusat pengundian yang baru.”

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: