"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suri rumah disamun anak saudara sendiri

KUANTAN: Seorang suri rumah terkejut dengan tindakan anak saudaranya yang sanggup bertindak kejam dengan mengacu pisau di leher serta merampas rantai lehernya dalam satu kejadian samun di Bandar Indera Mahkota di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Zulkifli Taha berkata, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, suri rumah yang berusia 39 tahun itu berada seorang diri di rumahnya sebelum didatangi lelaki terbabit dipercayai penagih dadah yang mahu meminjam wang daripadanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak mengesyaki niat buruk anak saudaranya yang berusia 40 tahun itu kemudian menjemputnya masuk ke dalam rumah.

"Ketika sedang berbual di ruang tamu, mangsa kemudian meminta anak saudaranya itu menunggu sebentar kerana dia mahu menutup jerangan air di dapur," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata lelaki terbabit bertindak ganas dengan menahan ibu saudaranya itu sambil mengacukan pisau ke leher mangsa dan mengarahkannya supaya menyerah rantai leher yang bernilai kira-kira RM2,500 sebelum melarikan diri.

"Mangsa bagaimanapun tidak dicederakan," katanya.

Beliau berkata, mangsa mendakwa pernah beberapa kali dikunjungi lelaki yang mempunyai sembilan anak itu untuk meminjam wang tetapi tidak dilayan.

-Bernama-

Tiada ulasan: