"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pindah Tempat Mengundi, AMK Kaji Saman SPR

HULU SELANGOR 20 APR: Kecurigaan terhadap kewibawaan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) semakin meningkat apabila badan itu memindahkanlebih 13,000 pengundi di Parlimen Hulu Selangor ke Parlimen lain atau ke pusat-pusat mengundi di luar dari tempat asal mereka.

"Ada pengundi yang melakukan semakan akhir menyedari nama mereka telah ditukarkan ke parlimen lain, sedangkan pusat pengundian mereka pada PRU-12 hanyalah dihadapan rumah sahaja," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Samsul Iskandar Mohd Akin.

Antara mereka adalah 230 penyokong "tegar" Pakatan Rakyat di Kampung Tanjung, di Sungai choh dalam Parlimen Hulu Selangor. Tanpa sebarang penjelasan dari SPR, mereka dipindahkan ke Parlimen Selayang.

"Berikutan kejadian tersebut, AMK Pusat sedang melakukan siasatan dan mengkaji untuk memfailkan kes ini ke mahkamah," tambah beliau selepas mengemukakan bantahan rasmi di bilik gerakan SPR di Hulu Selangor 19 April lalu.

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh, berkata sejumlah 13,488 pengundi dikesan menghadapi masalah tempat mengundi mereka di tukarkan.

Paling ramai ialah di DUN Batang Kali yang mencatatkan tempat mengundi 751 orang di pindahkan dari SK Serendah ke SRJK (C) Serendah. dari SRJK (C) Serendah dipindahkan ke Sek Rendah Agama Serendah 1,898 orang, dari SRJK (C) dipindah ke Sk Serendah, 904 orang dan dari SMK Syed Mashor ke SK Bandar Baru Batang Kali 2,270 orang.

"Ini jelas perbuatan tidak bertanggungjawab. SPR tidak boleh membenarkan perkara ini berlaku kerana ia akan melibatkan terlalu banyak kekecohan pada hari mengundi," tegas Fuziah.

Di Hulu Bernam, empat pertukaran pusat pengudian membabitkan SK Hulu Bernam ke Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam, 35 orang, dari Sungai Selisik ke SK Gesir Tengah, 331 orang, dari SMK Kalumpang ke Sek Rendah Agama Kalumpang, 235 orang dan dari Sekolah Rendah Agama Hulu Bernam ke SK Hulu Bernam 1,085 orang.

Di DUN Kuala Kubu Baru pula, dari SRJK (T) Kuala Kubu Baru ke SMK Dato Hj Kamaruddin, 2,824 orang dan dari Sek Rendah Agama Kuala Kubu Baru ke SMK Kuala Kubu Baru Jalan Kolam Air, 1,081 orang.

Manakala di pusat mengundi baru pula, berlaku beberapa pertukaran iatu dari Daerah Mengundi Bukit beruntung ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 550 orang, dari Daerah mengundi Taman Bunga Teratai ke Sek Rendah Agama Taman Bunga Raya, 302 orang dan dari kawasan sekitar, 498 orang.

Ditanya mengenai senarai pemilih yang tidak dapat dikesan dalam daftar pemilih, Fuziah berkata, daripada Disember 2009 sehingga 5 April 2010, sebanyak 558 nama dikesan telah dibersihkan dari daftar pemilih SPR.

"Menurut SPR, nama mereka ini dibersihkan kerana mereka meninggal dunia. Tetapi saya dapati dari Disember 2009 hingga 5 April 2010, tidak ada kemasukan atau tambahan baru. Petugas kita sedang "mencari" 558 orang iniuntuk memastikan keadaan sebenar," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: