"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Telan ludah uztaz, Asri beri keterangan pada JAIS

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung kolum dalam Malaysiakini bertajuk 'upacara telan air ludah ustaz'.

Beliau hadir kira-kira jam 3 petang dengan ditemani oleh dua orang peguam - Jahaberdeen Mohamed Yunos dan Mohd Irwan Mohd Mubarak.

Asri disoal siasat selama kira-kira jam oleh tiga pegawai daripada bahagian penyelidikan dan pembangunan JAIS.

Bagaimanapun, dalam sesi tersebut, peguamnya tidak dibenarkan masuk menemaninya.

Dalam sidang media selepas siasatan tersebut, Dr Mohd Asri memberitahu yang beliau telah memberi maklumat berhubung tulisan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak memberi maklumat secara terperinci kerana menurutnya "itulah adalah tugas JAIS untuk mencarinya".

Katanya, beliau yakin kesahihan maklumatnya itu kerana dimaklumkan oleh pelbagai sumber.

Walaupun mungkin terdapat perbezaan versi, tetapi menurutnya Dr Mohd Asri, upacara telan air ludah itu berlaku.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: