"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno Mengaku Sokong Palestin, Berpakat Dengan Zionis-Israel

HULU SELANGOR 21 APR: Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub tigak teragak-agak melabel Umno sebagai parti yang tiada pendirian tetap dalam soal berkaitan agama.

Naib Presiden PKR itu berkata, pegangan umno dalam sesuatu isu sentiasa berubah-rubah mengikut kepentingan parti pemerintah berkenaan tapi bijak menyorokkan watak sebenar mereka.

Bercakap pada satu sidang media, Mustafa Kamil berkata, pengundi Melayu Islam harus peka dan sensitif dengan dolak dalik pimpinan Umno yang sebelah tangan menjulang kesucian agama, sedangkan sebelah tangan lagi, membenam Islam.

Namun, helah mereka tidak berpanjangan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini, membongkar wajah sebenar pimpinan Umno, malah turut mengemukakan pelbagai dokumen sebagai bukti.

"Orang Melayu kena sensitif dengan talam dua muka yang ditunjukkan kepimpinan Umno. Sementara rejim Umno mengatakan mereka menyokong perjuangan Palestin tapi dalam masa yang sama mereka berpakat dengan APCO Worldwide yang berkait rapat dengan Zionis-Israel," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: