Harakahdaily |
HULU SELANGOR, 18 April: Akhbar kumpulan Utusan Malayu telah ditolak untuk menyertai sebarang aktiviti Pakatan Rakyat dalam siri kempen mereka dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini. Ini kerana, akhbar itu dilihat jelas sangat tidak profesional dalam tindakan mereka termasuk dalam melancarkan serangan peribadi kepada calonnya, Datuk Zaid Ibrahim. Mingguan Malaysian hari ini secara berselindung di sebalik etika membuat serangan secara langsung ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim kononnya beliau kaki botol. Yang dimarahi lagi oleh jentera PKR adalah tindakan akhbar berkenaan yang cuba melaga-lagakan Naib Presiden PKR, Azmin Ali dengan Zaid. Laporan itu seolah-olah menonjolkan Azmin yang mencabar BN agar membuktikan 'Zaid kaki botol'. Namun, berita berkenaan tidak ada lagi dalam versi online akhbar berkenaan hari ini. Yang masih ada hanya ulasan Awang Selamat yang bertajuk "Zaid kaki..." yang jelas cuba memperlihatkan Zaid sedemikian rupa. Mungkin tindakan tidak menyiarkan laporan utama versi cetak dalam laman webnya akibat dari pelbagai pihak dalam Umno sendiri yang menolak pendekatan serangan peribadi itu. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Husein sendiri menolak dakwaan tuduhan sedemikian datang dari Umno. Cuma beliau tidak menyebut dakwaan sedemikian datang dari akhbar Umno iaitu Utusan. Datuk Mohd. Ariff Sabri Abdul Aziz, bekas Adun Pulau Manis, Pekan menolak sekeras-kerasnya pendekatan yang diambil oleh rakan-rakannya dalam BN sekarang termasuk kolumnis The Star, Joceline Tan yang menyerang peribadi Zaid. Bagi beliau itu adalah umpama 'membaling batu dari dalam rumah kaca' yang boleh meruntuhkan rumah sendiri. Ini kerana beliau bimbang langkah ini akan menyebabkan pihak Pakatan menyerang balik Umno dengan serangan serupa. Kebimbangan beliau tidak lama kerana kini sudah banyak blog yang menyiarkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dengan Perdana Menteri Thailand yang sedang beraksi. Pihak yang paling sensitif dengan isu arak adalah PAS. Tetapi jelas, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan sokongan 100 % kepada Zaid dengan berkata, "kalau adapun apa yang dituduh, itu masa dalam Umno dahulu dan itu memang perangai Umno, kini beliau sudah meninggalkan Umno." Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Sungai Tengi, Hulu Selangor. Berikut adalah jadual penuh pimpinan PKR sepanjang Isnin dan Selasa yang dikeluarkan oleh pusat media mereka yang menolak kedatangan wartawan Utusan Melayu ke majlis mereka. |
"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
Wartawan Utusan tidak dijemput sertai majlis Pakatan Rakyat
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan