"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adun Kerdau Stabil, Komunikasi Melalui Mata

KUANTAN, 24 MEI: Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur sudah mampu memberikan respon melalui komunikasi mata, kata Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya Zaharuddin bagaimanapun belum berupaya untuk bercakap dan keadaan beliau stabil.

Zaharuddin, 63, sebelum ini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh kerana penyakit ulser dan telah menjalani pembedahan.

Bagaimanapun doktor yang merawatnya turut mengesan beliau mengalami komplikasi jantung dan memindahkannya ke IJN pada 9 Mei lepas.
-Bernama-

Tiada ulasan: