"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Peguam Anwar Mula Soal Mohd Saiful

KUALA LUMPUR, 10 Mei: Perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh disambung di Mahkamah Tinggi pada Isnin dengan peguam beliau menyoal bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang merupakan pangadu dalam kes itu.

Ketika prosiding bermula pagi ini, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Selepas beliau menyoal Mohd Saiful selama 45 minit, Karpal Singh membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.

Pihak pembelaan sepatutnya menyoal balas Mohd Saiful pada 8 Feb lepas setelah saksi itu memberi keterangan utama pada 5 Feb tetapi perbicaraan tertangguh kerana Anwar mengemukakan permohonan supaya Hakim Mohd Zabidin menarik diri. Anwar kemudian menukar fikiran dan menarik balik permohonannya itu.

Mohamad Zabidin menetapkan lima hari bermula pada Isnin bagi meneruskan perbicaraan.

Anwar, 63, yang juga ketua pembangkang dan penasihat Parti Keadilan Rakyat, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, di sebuah apartmen di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun 2008.

Pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.
-Bernama-

Tiada ulasan: