Saiful, yang disoal balas oleh peguam Karpal Singh, memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, laporan perubatan Dr Mohd Osman Abdul Hamid yang dikemukakan sebagai bukti adalah tidak benar.
“Berbohong. Ia tidak benar,” kata Saiful apabila ditanya oleh Karpal, peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai laporan perubatan itu, yang memetik dia sebagai berkata satu benda plastik telah dimasukkan ke dalam duburnya.
Berdasarkan laporan itu, Saiful dikatakan memberitahu Osman ketika pemeriksaan di Pusrawi pada pukul 2 petang, 28 Julai 2008 bahawa dia telah diliwat menggunakan satu benda plastik yang dimasukkan ke dalam duburnya.
Bagaimanapun Saiful enggan komen apabila disoal oleh Karpal berhubung satu lagi laporan perubatan, dikeluarkan Hospital Kuala Lumpur, yang merumuskan tiada sebarang kesan cedera di kawasan duburnya.
Prosiding kes liwat Anwar disambung hari ini selepas ditangguhkan Mac lalu dengan tumpuan adalah berhubung soal balas terhadap Saiful yang merupakan pengadu kes ini.
-malaysianinsider-
1 ulasan:
Kelojikan akal pun dah boleh mengatakan bahawa mamat ni pembohong..jika dibuat test guna mesin pengesan bohong sah mamat ni kantoi..dari gerak gaya dan percakapan akan dapat kesan pembohogan yang nyata..Inilah ciri2 Pemuda harapan Bangsa UBN..Jika berjanji dia mungkir..bercakap dia bohong...Hidup UBN..perosak bangsaku..pengalak judi dan rempit..Hidup kita di negara 1 Malaysia ini tanpa keberkatan kerana semua hasil judi dilaburkan kepada Rakyat maka lahirlah insan2 seperti Saifool nih..
http://waksab.blogspot.com/
Catat Ulasan