"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rahmat Allah Disebalik Serangan Israel Ke Atas Mavi Marmara

ramziredang
Ak
hbar akhbar utama Israel mula menyatakan kebimbangan tentang terputusnya hubungan risikan dengan Turki. Turki telah menyatakan dengan tegas, berikutan insiden rakyat turki yang terkorban dalam insiden serangan terhadap kapal bantuan Mavi Marmara ke Gaza, segala hubungan logistik atau ketenteraan dengan Israel akan ditamatkan. Nyatalah selama ini Turki yang menjadi mata dan telinga Israel dalam mengintip Iran, telah mula insaf akan kejahatan sebenar Israel.

Sementara dada dada akhbar Turki pula menyiarkan tentang aktivis keamanannya yang dengan berani melawan komando IDF(Israel Defense Forces). Kisah pergelutan yang berlaku di cerita secara terperinci di dada akhbar Turki menjadikan dada tiap rakyat Turki menjadi kebencian yang amat sangat terhadap Israel disamping membangkitkan pula semangat pejuang Islam. Tiba tiba sahaja sekelip mata, dada rakyat Turki dibakar api seorang pejuang Islam. Api semangat jihad. Aneh bagi sebuah negara yang sekular seperti Turki.

Para aktivis Turki menggambarkan bagaimana keberanian mereka menyebabkan komando Israel berada dalam ketakutan sehingga mereka menyebut "seolah olah komando Israel pada ketika itu seperti kanak kanak yang berada di dalam ketakutan terhadap ayahnya"

Jurugambar al Jazeera, Andre Abu Khalil menceritakan bagaimana dua puluh rakyat Turki menjadi benteng manusia untuk menghalang komando Israel dari mendekati mereka. Mereka juga berjaya menawan dan mencederakan komando Israel dan mengheret komando yang cedera dan menyimpan di geladak yang paling bawah.

Seorang aktivis, Mahir Tan menceritakan, "aku melihat ke dalam mata mereka seolah olah tiga orang kanak kanak yang sedang panik dan tidak ada harapan lagi untuk mereka hidup, begitulah betapa paniknya askar Israel ketakutan ketika melihat reaksi balas mereka".

Sebagai serangan balas terhadap perang psikologi akhbar Turki, akhbar akhbar Israel mula mendesak Amerika menyiasat hubungan Erdogan dengan rantaian pengganas. Mereka mula menggambarkan IHH yang mempelopori usaha kemanusiaan ke Gaza adalah satu badan Jihad Islam dan Erdogan mempunyai kaitan rapat dengan IHH. IHH adalah ringkasan dalam bahasa Turki, Insan Hak ve Hurriyetleri Insani Vardim Vaktiatau bermaksud Yayasan Hak Asasi dan Kebebasan Manusia.

Mereka mula menyebut tentang hubungan dan bantuan IHH terhadap muslim bosnia, kegiatan amal di timur tengah, indonesia, pakistan, iraq, lubnan dan bantuan ke palestine. Mereka juga mengaitkan IHH ada hubungan rapat dengan Hamas.

NGO israel The Intelligence and Information Center melaporkan IHH bergabung dengan Hamas dan Ikhwanul Muslimin. Pada tahun 2006, sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Institut Pengajian Antarabangsa Denmark menyatakan bahawa selama tahun 1990-an IHH yang menjaga hubungan dengan al-Qaeda dan sejumlah "rangkaian jihad global." Laporan itu juga mengatakan bahawa kerajaan Turki melancarkan siasatan ke dalam IHH sejak Disember 1997 selepas menerima risikan bahawa IHH telah membeli senjata automatik dari pengganas Islam.

Laporan ini menambah bahawa pemeriksaan dokumen yang ditemui di pejabat IHH menunjukkan bahawa kumpulan itu merancang untuk mengambil bahagian dalam kegiatan pengganas di Afghanistan, Chechnya, dan Bosnia.

Menurut satu laporan perisikan Perancis pula mendapati bahawa pada pertengahan 1990-an pemimpin IHH B'ulent Yıldırım direkrut tentera untuk kegiatan jihad di sejumlah negara Muslim dan bahawa IHH memindahkan wang, senjata api, dan bahan letupan untuk jihad di berbagai negara.

Izzet Sahnin, seorang pekerja dari IHH ditangkap oleh agensi keamanan di luar Baitlehem pada tahun 2008. Shin Bet (Israel Security Agency) berkata kecurigaan bahawa ia "bekerja untuk sepenuh masa di Yudea dan Samaria untuk organisasi Turki IHH, yang mengharamkan negara Israel pada tahun 2008. Shin Bet mengesyaki Sahnin akan mengancam keselamatan tebing barat. Lantaran itu Sahnin dan beberapa mahasiswa Universiti Ibrani ditahan secara haram seperti ISA.

Ternyata insiden serbuan komando Israel ke atas Mavi Marmara penuh dengan niat tersembunyi dari Israel. Ia juga dapat menyedarkan Turki dari tidurnya. Mereka menyangka selama ini mereka akan aman kerana mampu tidur sebantal dengan Israel. Mereka juga menyangka bersahabat dengan Israel hingga menjemput Israel mendirikan markas perisikan di Turki bersempadan dengan Iran, dapat menawan hati Israel. Tidak sekali kali. Israel tidak pernah boleh dipercayai oleh negara Islam.

Israel tidak akan sekali kali ikhlas terhadap Islam. Selagi namanya Islam, mereka akan tersenyum kepada kita sedangkan tangan mereka di belakang sedang memegang pisau, bersiap untuk menyembelih orang Islam.

Para pemimpin negara Islam, para ulama negara Islam, atau sesiapa sahaja yang ingin berbaik sangka terhadap Israel, ingatlah, merekalah kaum yang sanggup menyembelih Nabi Nabi yang diutus dari kalangan mereka sendiri.

Apalah sangat dengan bayaran upah terhadap kepakaran komunikasi mereka.

Tiada ulasan: