"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Tunggu Satu Jam, Untuk Ke JKKK Hak & Kebebasan Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menunggu kira-kira sejam untuk memasuki bilik jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang dijadual bermula jam 11.30 pagi.

Beliau hanya dibenar memasuki bilik berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari tetapi keluar semula beberapa minit kemudian bersama beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Anwar hari ini dihadapkan ke jawatankuasa berkenaan selepas membuat pendedahan mengenai peranan Apco Worldwide dan kaitannya dengan slogan 1Malaysia pada sidang Dewan Rakyat yang lalu.

Mengikut Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sedang berbincang tuntutan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk turut sama mendengar perbicaraan itu.

Tiada ulasan: