"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan perlu tambah 12 ketetapan kutuk Israel

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 8 Jun:
PAS melihat bahawa 15 tuntutan Kerajaan Malaysia berhubung isu keganasan Israel ke atas aktivitis yang terlibat dalam konvo Freedom Flotilia di Parlimen semalam sebagai tuntutan yang longgar dan tidak lengkap.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu kerajaan menambah 12 ketetapan lagi agar selari dengan kehendak rakyat sebagaimana berikut:

Menggiatkan kempen anti Israel dan boikot barangan yang dikeluarkan oleh syarikat pelobi Israel di seluruh negara dengan menggunakan semua media dan organisasi kerajaan.

Mengharamkan kemasukan semua barang dan produk yang berkaitan dengan Israel atau yang mempromosikan negara berkenaan termasuklah dalam bentuk iklan dan filem yang dikeluarkan dari negara sekutu Israel seperti Amerika.

Membatalkan perkhidmatan dan menghalau semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Israel seperti APCO Worldwide yang ada di negara ini.

Malaysia juga perlu membatalkan semua lesen NGO dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti Freemason di negara ini.

Memutuskan hubungan dagang Malaysia-Israel yang dipersetujui secara sulit oleh kabinet dalam Kertas Kabinet bertarikh 20 Mac 1996. Kewujudan kertas ini turut disahkan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Micha Harish dalam majalah Israel-Asia Trade bagi keluaran bulan Mac 1996.

Malaysia, Turki dan negara Islam lain menubuhkan satu jawatankuasa panel guaman khas secara bersama untuk mendakwa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukannya membiarkan Turki bersendirian melakukan pendakwaan ini.

Malaysia wajib menggesa mesyuarat tergempar OIC diadakan bagi mengambil ketetapan ke atas isu Palestin Israel termasuklah bagi menubuhkan pasukan pengaman OIC sendiri bagi melindungi kapal-kapal bantuan yang belayar ke Palestin dari serangan tentera rejim Israel.

Malaysia memimpin OIC bagi mendesak PBB mengenakan sekatan ekonomi ke atas rejim zionis Israel yang diketahui mempunyai program senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dalam bentuk senjata kimi dan Nuklear.

Malaysia juga wajib mendesak negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura serta negara Islam seperti Turki dan Mesir untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Israel serta merta.

Malaysia juga harus menjadi negara pelobi utama gerakan anti Israel dan melobi negara Asean, China, Jepun, India dan negara Timur Tengah dan Afrika untuk menekan rejim Israel.

Malaysia juga harus memimpin gerakan untuk melobi sokongan untuk Palestin dan menjadikan negara ini sebagai hub pengumpulan dana bagi tabung bantuan Palestin di rantau Asean.

Malaysia mengiktiraf Hamas sebagai Kerajaan Palestin yang sah bukannya wakil dari pergerakan Fatah dalam semua persidangan OIC dan program kerajaan-kerajaan dunia.

PAS juga, katanya mahu kerajaan menunjukkan sikap yang serius terhadap rejim zionis Israel dan tidak sekadar melepaskan batuk di tangga dengan menolak semua tindakan kepada Turki dan negara Islam lain untuk dilaksanakan.

“Inilah peluang jika Malaysia mahu menunjukan kepada dunia bahawa negara ini bukan duduk di bawah telunjuk Amerika yang menjadi sekutu Israel. Ini juga adalah satu bukti sokongan kuat Malaysia terhadap Palestin,” ujarnya.

Tiada ulasan: