"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KDN panggil pengerusi, pengarah Harakah pula

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memanggil Pengerusi Jemaah Pengarah Harakah Datuk Mustafa Ali dan pengarah urusannya Datuk Kamarudin Jaffar kerana menerbitkan akhbar rasmi PAS itu tanpa permit.

Menurut setiausaha bahagian kawalan penerbitan dan teks al-Quran KDN Datuk Zaitun Ab Samad, kedua-dua Mustafa dan Kamarudin dipanggil bagi memberikan penjelasan mengenai perkara itu pada petang ini.

"KDN memandang serius tindakan penerbitan dan pengedaran Harakah keluaran bertarikh 12-15 Julai 2010 ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Kamarudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata pihaknya diminta hadir ke KDN petang ini bagi menjelaskan lebih lanjut berhubung surat tunjuk sebab yang dikemukakan kepada Harakah.

"Belum ada keputusan (berhubung status permit Harakah)," katanya yang menjangkakan akan ada pertemuan susulan selepas itu.

Tiada ulasan: