"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menara Warisan : Dulu Mahathir Sokong Sekarang Dia Bantah?


KUALA LUMPUR, 29 NOV: Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini menyokong kini berubah pendapat pula melahirkan kebimbangan terhadap cadangan pembinaan projek mega menara warisan setinggi 100 tingkat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Malah, beliau memberi amaran pula kepada kerajaan BN bahawa cadangan pembinaan projek mega berkenaan akan memburukkan lagi kemelesetan pasaran hartanah di Lembah Klang. 

Menjawab soalan dari hadirin di persidangan Mengimbas Kembali Wawasan 2020 di sini, beliau berkata," Jika anda bertanyakan kepadda saya mengenai pembinaan menara tersebut, saya tidak fikir kita memerlukannya.

"Saya nampak banyak papan iklan hartanah untuk disewa dan dijual ketika saya bersiar dan ini menunjukkan kita ada terlalu banyak bangunan yang kosong, katanya lagi.

Mahathir, sebelum ini menggesa kerajaan supaya mendapatkan pandangan umum menngenai cadangan projek berkenaan malah turut menyokong projek berkenaan kerana mendakwa ia bakal memberi kesan sampingan yang baik kepada ekonomi.

Beliau juga mengakui mempunyai pandangan berat sebelah terhadapa perkara ini memandangkan pembinaan menara berkembar Petronas adalah hasil cadangannya dan beliau tidak mahu bangunan lain membayangi menara berkembar tersebut sebagai bangunan tertinggi di negara ini.

Semasa membentangkan Bajet 2011 awal bulan lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan telah mengumumkan satu lagi mercu tanda yang akan dibangunkan iaitu menara setinggi 100 tingkat yang dinamakan Warisan Merdeka dan dijadual siap pada 2015.

Pembinaan menara bernilai RM5 bilion ini adalah atas cadangan Permodalan Nasional Bhd (PNB). Walaupun terdapat bantahan daripada beberapa pihak, terutamanya ahli politik parti pembangkang, namun Perdana Menteri tetap mempertahankan cadangan tersebut. 

Alasannya, pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
-tvsnews-

Tiada ulasan: