"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemilihan PKR 2010 : Hari Terakhir Pemilihan Tentukan Kepimpinan Tertinggi PKR

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Sebanyak 37 cabang lagi akan melangsungkan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 hari ini yang merupakan hari terakhir bagi memilih pimpinan tertinggi PKR untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Pemilihan hari ini melibatkan negeri Sarawak (16 cabang), Johor (13), Selangor (7), dan Sabah (1 cabang).

Di Selangor,cabang yang terlibat ialah Tanjong Karang,Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Pandan dan Hulu Langat.

Di Johor, cabang yang terlibat ialah Gelang Patah, Kulai, Pontian, Tebrau, Kota Tinggi, Pasir Gudang, Sekijang, Labis, Pagoh, Pengerang, Tanjong Piai, Ayer Hitam,Mersing.

Di Sabah hanya satu cabang iaitu di Kimanis.

Di Sarawak cabang yang terlibat ialah Kanowit, Sibu, Selangau, Sibuti, Sarikei, Lubok Antu. Kota Samarahan, Batang Sadong, Serian, Tanjong Manis, Mukah, Baram, Saratok, Kapit, Limbang dan Igan.

Untuk jawatan Timbalan Presiden Azmin Ali sudah sebelah kaki ke jawatan itu apabila mendahului lebih 11,000 undi apabila pencabarnya yang tinggal Mustaffa Kamil Ayub.

Keputusan rasmi setakat 165 cabang menunjukkan Azmin mendapat 14,751 undi manakala Mustaffa pula mendapat 3,401 sahaja.

Sementara itu untuk jawatan Naib Presiden PKR, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar masih di depan dengan 11,042 undi, diekori Pengarah Strategi PKR Tian Chua (9,542), Fuziah Salleh (7,878) dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mansor Othman (7,448).

Di belakang mereka, dua calon berbangsa India - ahli parlimen Padang Serai N Gobalakhrisnan dan exco Selangor Xavier Jayakumar - mengekor rapat, masing-masing dengan 5,288 dan 4,840 undi.

PKR akan mengadakan Kongres Nasional Tahunan ke-7 untuk 2010 pada 26 sehingga 28 November ini di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor.
-tvsnews-

Tiada ulasan: