"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amang seksual anak kandung, tukang urut mengaku tak bersalah

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang tukang urut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kandungnya di sebuah rumah di Batu Pahat, pada Mac lalu.

Duda berusia 56 tahun itu mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon, lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun pada 10 pagi, Mac lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman mengendaliakn pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan dalam hujahnya memohon mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan adalah serius.

“Bagaimanapun, terpulang kepada budi bicara mahkamah untuk membenarkan ikat jamin. Jika dibenarkan, saya memohon mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin,” hujahnya.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Januari ini sebutan semula kes, serahan dokumen serta lantikan peguam tertuduh.

Mahkamah juga menetapkan dua syarat iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampiran serta tidak boleh mengganggu mangsa atau keluarga serta saksi pendakwaan sehingga kes ini selesai.

Pada 13 September lalu, ibu mangsa membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan pada hari sama.

Kejadian itu terbongkar selepas salah seorang guru melihatnya dalam keadaan murung dan kerap tidak hadir ke sekolah.

Tiada ulasan: