"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selamatkan anak dari diculik, bapa warga China cedera parah

Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada diculik sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kereta pada 12 Dis lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan Raub Selamat dalam kenyataan berkata kanak-kanak berusia tujuh tahun itu selamat dalam kejadian yang berlaku di sekitar bandar ini, kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata suspek utama, seorang lelaki berusia 41 yang merupakan rakan kongsi kepada warga China itu, berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada hari yang sama.

“Suspek utama adalah ahli rakan kongsi kepada bapa kanak-kanak itu dan dia merancang bersama tiga lagi suspek untuk menculik kanak-kanak berkenaan.

“Suspek utama merancang mahu melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000 daripada mangsa. Bagaimanapun, tiada sebarang wang tebusan diberikan kepada suspek kerana polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek utama pada hari kejadian,” katanya.

Suspek yang bekerja sebagai mekanik itu dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini semalam.

Raub berkata pihaknya sedang mengesan tiga lagi suspek warga tempatan berusia dalam lingkungan 30an.

Sebelum ini, tular menerusi laporan portal mengenai kejadian culik melibatkan seorang warga Singapura yang mendakwa cedera termasuk kehilangan gigi, ketika menyelamatkan anak lelakinya daripada menjadi mangsa culik di daerah ini.

Tiada ulasan: