"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut ditetak dengan parang, suspek terjun jambatan

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
TANGKAP layar menunjukkan wanita parah ditetak seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth. FOTO Foto Tular
TANGKAP layar menunjukkan wanita parah ditetak seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth. FOTO Foto Tular
Butterworth: Wanita maut selepas ditetak dengan parang oleh seorang lelaki di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 11.10 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia lingkungan 42 tahun yang parah di belakang leher dan bahu dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata pegawai penyiasat bersama sepasukan anggota ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati kawasan itu mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian, selain ada saksi melihat kejadian terbabit.

"Mangsa ditetak di bahagian belakang leher dan bahu kiri dengan parang sehingga parah.

"Mangsa kemudian dibawa ke HSJ untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 11.58 pagi sebelum mayat dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat" katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, susulan kematian mangsa, polis menjejaki suspek sebelum menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 29 tahun.

"Selepas kejadian suspek didapati terjun dari Jambatan Pulau Pinang namun berjaya diselamatkan orang awam dan diserahkan kepada polis. "Suspek kini menerima rawatan di hospital berhampiran.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Terdahulu, suspek dilaporkan melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal selepas orang awam yang melihat kejadian mengejarnya.

Dia kemudian meletakkan motosikal di bahu jalan atas jambatan sebelum terjun.

Menerusi video tular, lelaki yang berjaya diselamatkan itu cuba terjun sekali lagi dari bot nelayan ketika dalam perjalanan ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.

Tiada ulasan: