"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Doktor secara rahsia sebabkan wanita hamil

Agensi

DR MERLE Berger. FOTO CBS

DR MERLE Berger. FOTO CBS

Washington: Pengasas sebuah klinik kesuburan terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang sudah membantu ribuan keluarga mendapatkan zuriat, baru-baru ini, didakwa di mahkamah selepas secara rahsia 'menghamilkan' seorang pesakit.

Metro UK melaporkan, Dr Merle Berger memberitahu Sarah Depoian, 73, pada 1980 bahawa wanita itu akan menerima sperma yang didermakan oleh seorang penderma tanpa nama.

Wanita itu menjalani inseminasi buatan dan hasilnya dia hamil dan melahirkan anak perempuan Depoian, Carolyn Bester, pada tahun berikutnya.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah di Massachusetts, Berger adalah bapa kandung kepada Bester selepas wanita itu menjalankan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) di rumahnya, pada awal tahun ini.

Adam Wolf iaitu peguam yang mewakili Depoian berkata, Berger jelas mengetahui bahawa apa yang dilakukannya adalah salah.

Segelintir individu menyifatkan tindakan itu sebagai salah laku keji yang disengajakan oleh Berger.

Doktor itu juga dianggap tidak beretika dan melakukan perkara yang menyalahi undang-undang, kata Wolf.

Bester yang kini berusia 42 tahun berkata, dia menerima keputusan DNA daripada Ancestry.com dan 23andMe, pada awal tahun ini.

Keputusan tidak menunjukkan padanan langsung dengan Berger tetapi DNA Bester mempunyai persamaan dengan DNA cucu perempuan dan sepupu kedua kepada doktor itu.

Dalam tuntutan mahkamah, Depoian menuntut 'ganti rugi dalam jumlah yang mencukupi untuk pampasan atas kecederaannya'.

"Kami mempercayai sepenuhnya Berger. Dia seorang profesional perubatan. Sukar untuk membayangkan untuk tidak mempercayai doktor anda sendiri," kata Depoian, yang tinggal di Maine.

Tiada ulasan: