"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai polis langgar pelajar di Ipoh dituduh esok

FMT Reporters 

PETALING JAYA: Pegawai polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jati di Ipoh akan dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh esok.

Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan memaklumkan, suspek akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Mahkamah Majistret kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk tujuan perbicaraan,” katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: