"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua jam tanpa seurat benang atas tangki air

WAT KAMAL ABAS
Anggota bomba memujuk wanita yang dipercayai kurang siuman selepas dia memasuki tangki air berhampiran Pasar Awam Bagan Serai, hari ini.
BAGAN SERAI – Orang ramai di Pasar Awam Bagan Serai gempar apabila seorang wanita memanjat sebuah tangki air milik Lembaga Air Perak (LAP) berhampiran pasar awam itu kira-kira pukul 2 petang, hari ini.

Tinjauan pemberita ke lokasi mendapati wanita itu berlegar-legar di ruangan atas tangki sebelum membaling topi keledar dan pakaian yang dipakainya ke bawah.

Dia turut membuka kunci air tangki hingga air melimpah keluar melalui saluran yang sedia ada.

Dalam kejadian itu juga wanita terbabit turut mandi dalam kolam takungan sebelum tidur di salah satu penjuru di bahagian atas tangki tersebut sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai tiba ke lokasi untuk tujuan menyelamat.

Difahamkan wanita itu berusia lingkungan 40-an merupakan penduduk tempatan di kawasan itu dan berada lebih dua jam atas tangki air sebelum dibawa turun.

Sementara itu, jururucakap Bomba Perak berkata, pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 2.37 petang.

Menurutnya, seorang wanita dipercayai kurang siuman berada di atas tangki air setinggi enam tingkat berkenaan dan telah berjaya dipujuk sebelum dibawa turun serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: