"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupa-rupanya lebai Pas sendiri pernah cadang kenakan cukai LVG

HarapanDaily.com
‘Walaun’ terciduk, rupa-rupanya lebai Pas sendiri pernah cadang kenakan cukai LVG
SITI NUR ZAWANI 

Keputusan kerajaan melaksanakan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah (LVG) tahun hadapan, menuai pelbagai reaksi orang ramai.

Penyokong pro pembangkang tidak terlepas memberi reaksi sinis terhadap keputusan itu biarpun usaha ke arah pelaksanaan cukai barangan atas talian telah digerakkan lebih awal oleh pemimpin Pas.

Antaranya pengguna akaun Dewan Pemuda Pas Gombak yang memuat naik ciapan sindiran berbunyi; “Menteri Kewangan Terbaik Asia. Asia Tiger. Miow”.

Ciapan itu bagaimanapun dibalas netizen dengan keratan artikel pada 2022 – yang menunjukkan bahawa Ahli Parlimen Pas, Sabri Azit pernah mencadangkan agar cukai LVG dilaksanakan.

Hasil carian Harapan Daily pula, menemui artikel berkenaan yang bertarikh 4 Ogos 2022 dan disiarkan di dalam portal lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Portal itu melaporkan ucapan Sabri bahawa pelaksanaan cukai LVG akan melahirkan persaingan lebih adil antara penjual tempatan dan luar negara.

Secara ringkasnya, Malaysia sepatutnya mengenakan cukai LVG sebanyak 10 peratus ke atas barangan berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April 2023 di bawah Belanjawan 2022.

Pada 2022, Pas-Perikatan Nasional (PN) berada di dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun pelaksanaan cukai itu telah ditangguhkan oleh Jabatan Kastam pada Mac tahun ini.

Bagaimanapun ironinya, penyokong Pas atau ‘walaun’ tidak pula menentang usaha tersebut, apatah lagi memberi reaksi sinis kepada cadangan pelaksanaan cukai LVG pada waktu itu.

“Typical Pas,” komen pengguna X

“Dulu Pas jadi kerajaan tak ada pula bantah, dah jadi pembangkang pula bantah. Memang munafik versi lebai,” komen Abang Ji.

Sementara itu seorang pengguna X berkata, dia memahami keputusan kerajaan melaksanakan Cukai LVG dan percaya duit hasil cukai itu akan dikembalikan semula kepada rakyat.

“Aku tak kisah kena cukai, sebab dengan #KerajaanPeraduan duit cukai tu akan pergi pada rakyat juga,” komen Madam K.

Tiada ulasan: