"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 penarik kereta ditemukan maut dalam kenderaan

Hafidzul Hilmi Mohd Noor

hafidzul@hmetro.com.my

Ampang Jaya: Dua penarik kereta ditemui mati dalam sebuah kenderaan di Jalan Persiaran 9, Taman Ampang Saujana di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.18 petang.

"Ketika pintu hadapan dibuka terdapat dua lelaki di bahagian pemandu dan penumpang tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, mangsa adalah warga tempatan berusia 30 tahun dan bekerja sebagai penarik kereta.

"Pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menemui sebarang kecederaan. Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan kedua-dua individu berkenaan sudah meninggal dunia.

"Mayat kedua-dua individu berkenaan dibawa ke Hospital Ampang dan keputusan bedah siasat masih menunggu laporan makmal," katanya.

Katanya, pihaknya tidak mengesan sebarang elemen jenayah dalam kejadian berkenaan.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Tiada ulasan: