"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat individu disyaki cuba curi kabel, langgar lari MPV polis ditahan

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
LOKASI empat individu cuba mencuri kabel di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai, di sini, Selasa lalu. FOTO ihsan polis
LOKASI empat individu cuba mencuri kabel di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai, di sini, Selasa lalu. FOTO ihsan polis
Ampang Jaya: Polis menahan empat individu termasuk dua wanita yang bertindak melarikan diri selepas kenderaan dinaiki melanggar kereta peronda polis (MPV) di Jalan Teratai, Taman Bukit Teratai, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 2.30 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat beberapa individu dalam keadaan mencurigakan menarik kabel disyaki untuk dicuri.

"Kesemua suspek yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda bertindak melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis.

"Kenderaan suspek bertindak mengundur lalu melanggar bahagian hadapan kenderaan MPV dan melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, pihaknya mengejar kenderaan dinaiki suspek sejauh 200 meter sebelum kenderaan itu melanggar pembahagi jalan di persimpangan masuk Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan hilang jejak.

"Kita berjaya memberkas kesemua suspek berusia 21 hingga 32 tahun di sekitar kawasan Kajang, pada keesokan hari.

"Kita turut merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabit dalam kejadian itu dan beberapa alatan memotong kabel," katanya.

Beliau berkata, semakan lanjut dua suspek mempunyai rekod lampau.

"Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu lalu.

"Dua suspek masih ditahan bagi membantu siasatan kes kecurian kabel, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan merujuk kepada menghalang penjawat awam," katanya.

Tiada ulasan: