Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my
Polis sedang mengesan lelaki yang tular menunggang skuter secara berbahaya di KM 291 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, dekat Gopeng tanpa memakai topi keledar. - Tangkap layar tular
GOPENG: Polis sedang mengesan seorang lelaki dalam video tular menunggang skuter secara berbahaya tanpa memakai topi keledar di Kilometer (KM) 291 Lebuhraya Utara-Selatan, arah Selatan, di sini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud, berkata pihaknya mengesan video dipercayai dirakam pengguna lebuh raya sama di media sosial pada jam 7.45 malam tadi.
"Buat masa ini, kita belum pasti sama ada lelaki itu di bawah pengaruh alkohol atau dadah serta bila kejadian sebenar berlaku.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan orang awam," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular video berdurasi 46 saat di laman Facebook memaparkan seorang lelaki menunggang skuter secara melulu dan tidak memakai topi keledar di lebuh raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan