"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawak tak menjadi: Akibat mulut KJ, habis Hot FM kena serang

SITI NUR ZAWANI

Stesen radio Hot FM menjadi sasaran serangan pengguna media sosial selepas Khairy Jamaluddin membuat parodi politik, mempersenda Perdana Menteri di konti radio.

Stesen radio milik Media Prima Audio (MPA) itu melantik KJ sebagai salah seorang penyampai radio, bersama-sama dengan Fara Fauzana, AG dan Johan.

Dalam satu rakaman berdurasi 38 saat, KJ mempromosi dirinya untuk diundi sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36.

Dia kemudian mengajak orang mengundinya dengan meniru gaya percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjanjikan minyak turun 16 tahun lalu iaitu pada 2008.

“Sedara-sedara, hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai!,” katanya sambil disahut sorakan dan gelak ketawa dari Johan dan Fara Fauzana.

Video itu difahamkan telah pun diturunkan dari Facebook rasmi stesen tersebut.

Namun ia telah tersebar di media sosial dengan ramai meluahkan rasa tidak puas hati kepada Hot FM.

Menurut warganet, mempersenda PMX di konti radio sepatutnya tidak boleh berlaku kerana stesen radio adalah platform hiburan yang tidak wajar ada kecenderungan politik.

Kata mereka, tiada siapa pun akan marah jika KJ membuat parodi politik di platformnya sendiri iaitu Keluar Sekejap. 

Tetapi yang membuatkan ramai kurang senang apabila stesen radio dijadikan tempatnya mempersenda Perdana Menteri.

Sekilas pemerhatian Harapan Daily, tidak pernah lagi mana-mana stesen radio dalam negara yang mempersenda Perdana Menteri Malaysia.

Sehingga kini beberapa poster boikot Hot FM digerakkan pengguna media sosial. Namun ia belum di tahap parah.

Setakat berita ditulis, stesen itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Tiada ulasan: