Aizat Sharif
am@hmetro.com.my
ALAT pemotong rumput yang terbakar ditemui bersebelahan mayat rentung di halaman sebuah rumah tidak berpenghuni di Jejawi, Arau. FOTO Ihsan Polis.
Arau: Seorang lelaki ditemukan rentung bersama alat pemotong rumput di halaman sebuah rumah di Jejawi, di sini hari ini.
Mayat dipercayai pemotong rumput itu ditemui oleh orang ramai yang melalui di kawasan berhampiran rumah berkenaan pada 6.33 petang.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi mengesahkan kejadian dengan siasatan awal mendapati mangsa disyaki rentung akibat mesin rumput yang dipercayai terbakar dan menyambar badan mangsa.
"Mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan badannya juga sudah mulai kembung.
"Kita percaya mangsa adalah seorang pekerja pemotong rumput namun butiran dirinya masih dikenal pasti," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pihaknya percaya bahawa mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hari.
"Siasatan awal juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang dikesan sekitar kawasan rumah berkenaan termasuk tiada sebarang kesan pergelutan pada tubuh mangsa.
Ahmad Mohsin berkata, mayat dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi menjalani proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian.
Polis juga belum melakukan sebarang klasifikasi terhadap kes berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan