"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah amal diserbu, polis selamatkan kanak-kanak di situ

Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Beberapa rumah amal yang dikaitkan dengan sebuah syarikat yang sedang disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dipercayai diserbu pihak berkuasa malam tadi.

Difahamkan, serbuan itu dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan berlangsung sehingga awal pagi tadi, termasuk sebuah premis yang terletak di Puchong, Selangor.

Pihak polis juga dikatakan membawa kumpulan kanak-kanak yang ditemui di rumah amal itu ke sebuah lokasi untuk tindakan selanjutnya.

BH masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan daripada polis, namun difahamkan, satu sidang media akan dikeluarkan Bukit Aman dalam masa terdekat.

Sementara itu, tinjauan di laman Facebook khususnya kumpulan komuniti Puchong dikesan kecoh dengan serbuan berkenaan.

Ada di antara mereka mendakwa melihat pihak berkuasa menyelamatkan kanak-kanak dari rumah amal itu.

Netizen juga mendakwa terdapat sekitar 100 kanak-kanak yang ditempatkan di situ.

Setakat jam 1 tengah hari, BH masih belum mendapat pengesahan sama ada daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berhubung perkara ini.

Tiada ulasan: