"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua individu didakwa merompak lima warga asing

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
ABD Aziz dan Jamiyana mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana merompak lima warga asing di Tangkak dan Muar. FOTO Alias Abd Rani.
ABD Aziz dan Jamiyana mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen kerana merompak lima warga asing di Tangkak dan Muar. FOTO Alias Abd Rani.
Muar: Peniaga tanjak bersama ibu tunggal yang dikenali sebulan lalu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merompak lima warga asing di daerah ini dan Tangkak.

Abd Aziz Alhaffiz Ali, 36, dan Jamiyana Ab Aziz, 38, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, mereka bersama-sama melakukan rompakan berkumpulan terhadap tiga warga asing di hadapan pasar raya di Tanjung Agas, Tangkak hingga Kampung Sabak Aur, di sini.

Mereka didakwa merompak wang tunai berjumlah RM620, jam tangan dan telefon bimbit dalam sebuah kereta antara jam 2.30 hingga 5 petang, 17 Ogos lalu.

Bagi pertuduhan keempat hingga keenam, mereka bersama-sama merompak barang kemas berupa cincin, subang serta rantai leher miliki dua warga asing di dalam kereta di Parit Zin Bakri, Batu 6, di sini, antara 5 hingga 6 pagi, 5 Ogos lalu.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan atau denda bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aquiilah Mohd Rofaie manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 24 September untuk menjatuhkan hukuman dan kedua-dua tertuduh dibenar jaminan RM30,000 untuk semua pertuduhan.

Tiada ulasan: