"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak 14 tahun rebah, maut ketika main bola sepak

AZMI NORDIN

KAJANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun maut ketika beraksi pada perlawanan bola sepak di sebuah padang di Semenyih, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, semakan mendapati mangsa mempunyai masalah asma sejak kecil, tetapi tidak serius.

“Polis menerima laporan pada pukul 4.08 petang daripada jurulatih kelab bola sepak berhubung kematian kanak-kanak itu.

“Siasatan mendapati semasa kejadian mangsa sedang bermain bola sebelum rebah secara tiba-tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kanak-kanak itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia pada pukul 2.02 petang.

“Hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mempunyai masalah komplikasi jantung dan asma. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.

Naazron turut menasihati ibu bapa supaya membuat pemeriksaan kesihatan anak-anak sebelum menyertai kejohanan atau aktivti sukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. – KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: