FMT Reporters
Kematian penulis blog kontroversi itu disahkan oleh adiknya, Raja Idris.
Raja Petra Kamarudin telah menerbitkan banyak ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia di laman webnya, Malaysia Today.
PETALING JAYA: Penulis blog Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di United Kingdom (UK) malam Isnin, pada usia 74 tahun.
Kematiannya disahkan oleh adiknya, Raja Idris, pagi tadi.
Dengan rasa dukacita, saya memaklumkan bahawa abang kesayangan saya, Raja Petra Kamarudin, baru sahaja meninggal dunia pada 11.26 malam waktu UK pada Isnin 9 Sept di Manchester, UK, katanya dalam teks ringkas kepada FMT.
Raja Petra, lebih dikenali sebagai RPK, dilahirkan pada 27 Sept 1950.
Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.
Beliau telah menetap di Manchester selama beberapa tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan