"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Drs. Khalil : Parti PAS telah diterima oleh semua kaum.



BUKIT MERTAJAM, 12 April :- Kemenangan PAS di PRK Bukit Gantang membuktikan PAS adalah sebuah parti yang telah diterima oleh semua kaum di Malaysia, kalau sebelum ini PAS dianggap sebagai parti untuk orang Islam sekarang ini zaman itu telah berlalu. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Karnival Jom Sertai PAS yang diadakan di sini.

Program yang menarik kehadiran hampir 1000 orang itu adalah yang julung-julung kali diadakan di sebuah kawasan PAS di Pulau Pinang setelah pelancaranya di Peringkat Pusat oleh Presiden PAS baru-baru ini.


Beliau menyeru ahli-ahli UMNO dan penyokong BN supaya dengan segera mendaftar masuk PAS atau parti dalam Pakatan Rakyat yang lain."Sebelum kapal BN karam cepat-cepatlah masuk Pakatan Rakyat " ajak Khalil.

Pelbagai acara diadakan bagi mengisi program tersebut bagi menarik minat pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir. Antaranya ialah sukaneka yang melibatkan pelajar sekolah PASTI dan golongan dewasa. Disamping itusatu pertunjukan silat juga telah diadakan.

Dalam Ucapannya,Drs. Khalil juga menegaskan rasa syukur kerana sebahagian besar kaum cina dan india yang memeluk Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan, walau bagaimanapun beliau tidak menafikan ada segelintir yang memilih BN.

Sehubungan dengan itu beliau melahirkan rasa hairan dan kesal kerana setelah memilih Islam yang menyebabkan segala dosa dibersihkan sebagaimana kapas yang bersih, kenapa pula memilih parti yang bukan berjuang untuk Islam, soalnya.

Beliau juga menjelaskan situasi politik terkini di Perak setelah berakhirnya PRK Bukit Gantang.

Antaranya beliau mendedahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Perak sehingga kini dalam keadaan yang tidak stabil dimana hanya 30 pratus sahaja yang berfungsi. " Kalau rumah ada 100 bilik, dia berani buka 30 bilik sahaja, selebihnya takut dibuka kerana takut ada masalah"katanya.

Dengan itu persiapan sedang dibuat untuk menghadapi kemungkinan DUN Perak dibubarkan pada bulan Mei dan pilihanraya dijangkakan pada bulan Jun tahun ini, katanya.  

Tiada ulasan: