"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Menteri Perpaduan Tak Tahu Beza Bangsa India Dengan Tamil

 
 

Menteri Perpaduan dan Prestasi, Senator Dr Koh Tsu Koon perlu mengambil kursus intensif mengenai perayaan pelbagai kaum ethnik yang menjadi rakyat negara ini.

Presiden Gerakan  yang baru saya mengangkat sumpah sebagai menteri dalam kabinet 1Malaysia Najib Razak nampaknya tidak tahu membezakan antara bangsa India dan masyarakat Tamil.

Dalam perutusannya semalam Dr Tsu Koon mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada masyarakat India di Malaysia tetapi terpaksa menghantar pembetulan kepada pihak media apabila tersilap dalam mensasarkan ucapan tersebut.

Sepatutnya ia adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Tamil yang juga dipanggil Puthaandu.   

Beginilah halatuju konsep 1Malaysia yang ingin diwar-warkan oleh Umno dan Barisan Nasional yang berslogankan "rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Hakikatnya ini adalah semata-mata satu lagi projek pembohongan Umno dan BN yang sebenarnya mengabaikan rakyat sejak lebih 50 tahun memerintah sehinggakan tidak tahu membezakan siapakah orang India dan siapa pula orang Tamil.

Hakikatnya juga rakyat kepada Umno dan BN hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kuasa dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa dan merompak hak rakyat.  

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: