"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Xavier: Polis Jangan Campur Dalam Politik

Kerajaan negeri Selangor menggesa pihak polis untuk tidak mencampuri urusan politik negara kerana ia boleh menjejaskan profesionalisma polis dan menghakis keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasaan itu.

Exco Dr Xavier Jayakumar berharap kejadian seperti insiden perobohan paksa pada sambutan Thaipusam di Batu Caves semalam tidak berulang-lagi di masa hadapan.

"Saya harap tahun hadapan yang akan datang kita akan ada bincang dengan lebih rapat dengan polis. Kalau dari mula polis kata tak boleh tak apa. Di sini polis tunggu sampai saat-saat yang terakhir untuk beritahu dengan kita, tidak boleh buat ini, tidak boleh buat itu, itu saya tidak boleh terimalah," kata Xavier.

Menyifatkan kejadian itu sebagai tidak sewajarnya berlaku, Xavier berharap sambutan Thaipusam tahun ini memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pelancongan Selangor, bahkan turut menyumbang kepada perpaduan rakyat negeri ini.
-tvselangor-

Tiada ulasan: