"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pentadbiran PR Bebas Rasuah, Bebas Ekstremis

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub yakin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengambil-alih pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata institusi kerajaan negeri di negeri-negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat terbukti lebih telus, amanah dan bertanggungjawab berbanding negeri-negeri dibawah Umno-BN.
“Kami setakat malam ini tidak ada yang terlibat dalam rasuah, penyelewengan, dan salah guna kuasa, itu kami tak ada, Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang mengaudit negeri-negeri Pakatan Rakyat, yang mengaudit jabatan-jabatan kerajaan memberikan pujian kepada negeri-negeri Pakatan Rakyat urus tadbir kewangan yang cekap, kompeten, telus dan memberangsangkan,” katanya.

Salahuddin turut akui antara kekuatan Pakatan Rakyat adalah pendekatan tegas tapi bersederhana Pas dalam isu-isu berkenaan agama.

Arus ini dapat dilihat dari ketegasan Pas dalam menangani isu polemik kalimah Allah, yang percaya bahawa dialog dan kematangan dapat menangkis seribu macam kekeliruan dan huru-hara.

“Dari segi hukum ulamak kita bersepakat harus, lagi pula orang Kristian, orang Yahudi, nak kata mereka menyeleweng, dalam konteks Islam saya nak sebut, bukannya sekarang, zaman dulu lagi, mereka nak guna nama Allah, gunalah, tetapi Pas memberi amaran dan peringatan jangan guna untuk kamu menghina Islam, jangan guna dalam konteks kamu nak memberikan pengajaran, menunjukkan satu watak atau keadaan kepada musuh dengan Islam, tak boleh,” katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: