"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Royalti: Exco pertikai kenyataan Rais

Yusri Amin
KOTA BHARU, 1 Feb:
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Che Abdullah Mat Nawi mempertikai kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mendakwa isu tuntutan royalti petroleum perlu diselesaikan melalui saluran undang-undang di mahkamah dan bukannya melalui ceramah.

“Selalunya macam itulah, sebagaimana juga ISA, apabila kita bawa rakyat berdemonstrasi untuk menuntut hak rakyat, mereka mengatakan sepatutnya tidak dibawa ke jalan itu, sepatutnya dibawa ke meja rundingan, sepatutnya dibawa ke Parlimen,” katanya.

Menurutnya, sudah beberapa kali isu royalti itu dibawa ke Parlimen dan meja rundingan, bahkan surat kerajaan negeri secara rasmi telah dihantar kepada pihak berkenaan, namun belum ada perbincangan.

Tambahnya, sebenarnya penafian royalti itu diucapkan di jalanan juga, sebagaimana dakwaan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein di Bachok dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed di Jeli dan Manek Urai sebelum ini.

“Keadaan itu serupa saja, cuma program kita ramai rakyat, tidak sebagaimana program mereka. Hari ini, siapa kerajaan negeri, yang dipilih oleh rakyat menyebabkan tiba-tiba mereka mendawa (berceramah) di Bachok dan di Jeli dengan menyatakan mahu memberi wang ehsan dan disalurkan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

“Jawapan mereka itu (diberikan) di pentas apa, Mereka mendakwa hendak memberi RM20 juta, hendak memberi royalti, wang ehsan, bahkan sanggup mendakwa bahawa wang ehsan itu sama dengan royalti.

“Tidakkah dakwaan itu di pentas ceramah?” katanya pada majlis perasmian penutup Taklimat Hala Tuju Perniagaan Koperasi Hilal (Al-Hilal) Malaysia Berhad, di sebuah hotel di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru turut menyeru rakyat agar melangkah lebih jauh ke hadapan.

Sehubungan itu, katanya rakyat yang memahami Al-Quran tidak akan menyertai Umno, bahkan kefahaman mendalam terhadap kitab suci itu menyebabkan mereka berjuang menegakkan ajaran Al-Quran itu sendiri.

Tiada ulasan: