"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mingguan gugur ruangan Asri, mufti Perak kolumnis baru

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Penulisan bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang merupakan kolumis Mingguan Malaysia lebih empat tahun yang lalu, tidak lagi muncul dalam akhbar edisi Ahad itu,

Kali terakhir penulisan beliau disiarkan Mingguan Malaysia adalah pada 28 Feb lalu.

Mohd Asri yang dilihat sebagai antara mufti muda yang berpendirian progresif dan liberal memulakan ruang penulisan di bawah nama “Minda Mufti” ketika berkhidmat sebagai Mufti Perlis dan kemudian kolumnya dikenali sebagai “Minda Dr Maza” selepas meletakkan jawatan sebagai mufti akhir 2008.

Lazimnya penulisan beliau disiarkan di muka surat sembilan Mingguan Malaysia, satu lagi produk Kumpulan Utusan.

Hari ini ruangan di Mingguan Malaysian digantikan dengan penulisan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Akhbar berkenaan tidak memberikan makluman mengenai ketiadaan ruangan Mohd Asri.

The Malaysian Insider difahamkan Mohd Asri sudah dimaklumkan mengenai keputusan Mingguan Malaysia tidak lagi akan membawa penulisan beliau baru-baru ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan tiada alasan diberikan tetapi ia dipercayai ada kaitan dengan kandungan penulisannya sejak kebelakangan ini.

Mohd Asri tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau dan tiada apa-apa komen beliau dalam blognya.

Beliau kini berhadapan dengan kes tuduhan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah yang dibawa oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

-malaysianinsider-

1 ulasan:

anakwatan berkata...

kesian kat Dr Asri yang kena tendang macam tu aje sebab tak sehaluan dgn islam parti pemerintah,tapi setahu saya dr asri ada phd dalam bidangnya tapi pasai pa pulak parti pemerintah tak sebulu dgnnya.mungkin kerana byk sangat kot yang dr asri kondem tentang sistem parti pemerintah yang lari dari konsep islam yg sebenarnya.selagi dibiarkan dr asri menulis maka semakin larilah orang islam kepada parti alternatif yang lain selain umno. inilah yang membuatkan umno terpaksa mencari kolumnis baru yang sanggup di"cucuk hidung"nya dengan sedikit imbuhan dunia.tok dalang baru akan mula mempromosikan wayang kulitnya dalam utusan tak lama lagi.tunggu dan nantikan kupasan yang pasti akan mengelirukan seluruh umat islam di malaysia.