Harakahdaily
IPOH, 19 April: Kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak tidak hadir ke Sambutan Ulangtahun Keputraan Sultan Perak Yang Ke 82 di istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini kerana tidak dijemput.
Dalam satu penjelasan yang dikeluarkan Sekretariat Pakatan Rakyat Perak memberitahu, ekoran tiada sebarang jemputan seperti tahun-tahun lalu, mereka terpaksa tidak hadir ke majlis tersebut.
Penjelasan itu dibuat bagi mengelakkan sebarang tanggapan negatif bahawa mereka sengaja tidak hadir atau memboikot majlis rasmi tersebut.
"Suka juga saya jelaskan dan mengesahkan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak dijemput ke majlis gilang-gemilang sebagai pembuka tirai iaitu sambutan yang diadakan di istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
"Sesungguhnya sebelum ini kami di jemput untuk hadir dalam acara sambutan tahunan Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak.
"Adapun kenyataan ini dikeluarkan adalah untuk mengelakkan tohmahan dan anggapan kami sengaja tidak mahu hadir dalam majlis rasmi di Istana iskandariah hari ini," kenyataan itu dipetik.
Kenyataan penuh seperti berikut:
Sambutan Ulangtahun Keputraan Sultan Perak Yang Ke 82 , Semua ADUN Pakatan Rakyat Perak tidak di jemput.
4 Jamadil Awal 1431 H.
Hari ini, 19 April 2010 ialah hari Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak Yang Ke 82. Dengan itu saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan media seperti berikut :-
1. Kami Seluruh Pimpinan dan ADUN Pakatan Rakyat Perak serta seluruh rakyat Perak merafak sembah menjunjung kasih dan ucapan tahniah dan penghargaan sempena Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Perak , Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah. Semuga Allah terus memberikan kekuatan, rahmat dan hidayah Nya kepada DYMM untuk terus memayungi rakyat Perak di bawah Pemerintahan Baginda.
2. Suka juga saya jelaskan dan mengesahkan bahawa semua ADUN Pakatan Rakyat Negeri Perak tidak dijemput ke majlis gilang-gemilang sebagai pembuka tirai iaitu sambutan yang diadakan di istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini.
3. Sesungguhnya sebelum ini kami di jemput untuk hadir dalam acara sambutan tahunan Sempena Keputeraan DYMM Sultan Perak.
4. Adapun kenyataan ini dikeluarkan adalah untuk mengelakkan tohmahan dan anggapan kami sengaja tidak mahu hadir dalam majlis rasmi di Istana iskandariah hari ini.
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan