"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chandran Tolak MIC, Kamalanathan Tapi Sokong Barisan Nasional

HULU SELANGOR 19 APR: V S Chandran, calon bebas yang menarik diri dari bertanding pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menegaskan beliau sama sekali tidak menyokong MIC selagi parti berkenaan dipimpin Datuk Seri S Samy Vellu.

Malah, bekas Naib Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor itu menegaskan beliau bukan lagi ahli MIC kerana sudah digantung sebelum dipecat jawatankuasa Displin MIC tahun lalu.

"Mereka sudah gantung keahlian saya. Saya bukan ahli MIC lagi. Dalam surat khabar sudah sebut Samy Vellu pecat saya. Mungkin Samy Vellu tidak tahu," kata beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Sementara SPR di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu.

Pada sidang media, Chandran dilihat masih keliru dengan sokongannya kerana menolak calon MIC, P Kamalanathan tetapi pada masa sama masih menyokong BN.

"Saya tidak sokong P Kamalanathan. Saya cuma sokong Barisan Nasional (BN)," katanya.

Walaupun masih menyokong BN, Chandran secara tegas menyatakan MIC tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik kepada masyarakat India.

"Sebab saya marah MIC. Saya sudah 35 tahun dalam politik. Nanti mereka tahu siapa Chandran," katanya.
-tvselangor-

1 ulasan:

BUJANG SUSAH berkata...

apa kejadahnya india sorang ni dok terpusing2 plak ni...