"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Halili Sertai UMNO, Nafi Kecewa Tak Jadi Calon PKR

Bendahari PKR Hulu Selangor mengumumkan hari ini keluar parti selepas beliau tidak diletakkan sebagai calon utk Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

Halili sekaligus membuat keputusan untuk menyertai UMNO yang menamakan P.Kamalanathan dari MIC sebagai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil itu pada 25 april ini.

Anak kelahiran Ulu Yam, Dr Halili sebelum ini pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum iaitu pada 1999 bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dan 2004 DUN Batang Kali tetapi tewas kedua-duanya.

Walaubagaimanapun, beliau manafikan sekali lagi tidak dipilih menjadi calon adalah sebab beliau meninggalkan PKR.

Namun Halili tidak pula menjelaskan kenapa beliau secara tiba-tiba menyokong UMNO setelah kuat mengecam parti itu selama ini.

Seperti yang dijangka beliau mendakwa lebih mempercayai presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memimpin parti itu.
-tvselangor-

Tiada ulasan: