"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mustafa minta akhbar The Star betulkan laporannya

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 April:
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali meminta akhbar The Star agar memperbetulkan laporannya hari ini kerana apa yang dilaporkan akhbar itu hari ini jauh berbeza dengan apa yang dicakapkannya semalam.

"Saya kata, sebelum ini kita membekalkan 20 peratus petugas untuk Hulu Selangor. Kita akan naikkan kepada 60 peratus selepas ini kerana kita mempunyai petugas yang unlimited.

"Tetapi apa yang dilaporkan oleh The Star, kita akan bekalkan 20 peratus petugas pada hari mengundi kerana kita kekurangan petugas...ini tak betul sama sekali dengan apa yang saya cakap semalam," kata Mustafa.

The Star yang dimiliki oleh MCA hari ini melaporkan berita di muka N21 yang bertajuk "PAS pledges 20% of staff for polling day" (PAS beri jaminan 20% petugas untuk hari mengundi).

Ia bertentangan sekali dengan apa yang dicakapkan oleh Mustafa dalam sidang medianya di Pejabat Agung PAS malam tadi.

Menurut Star, PAS hanya akan menghantar 20% petugas kerana bimbang 'kesesakan' di kawasan mengundi.

"Apa yang saya kata, PAS boleh menghantar 100% petugas milik kita tetapi kita bimbang berlaku kesesakan di kawasan pengundian," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan: