"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kecil Pengeluar Lesen Arak Mengutuk Peminum Arak

ramziredang

"Politik UMNO politik terdesak. Mereka rela menggunakan apa sahaja isu jika tersepit. Oleh kerana tiada isu untuk menyerang Zaid, mereka menggunakan isu lama. Isu zaid minum arak mula bergema. Laungan dari pemimpin UMNO di ceramah ceramah mengatakan zaid peminum arak tegar. Mereka lupa yang UMNOapco lah yang halalkan arak. Bukan Lim Kit Siang yang keluarkan lesen arak bukan juga Anwar atau TGHH tapi BN yang memerintah Malaysia keluarkan lesen arak. Kalau betul sangat bencikan arak, haramkan la.

Serbu disko dan pub yang beribu orang sedang hayal dengan pengaruh alkohol. Diharap PR boleh gunakan isu arak ni sebaik mungkin. Inilah peluang membuka mata rakyat tentang isu arak. Jangan biarkan UMNOapco baling batu sembunyi tangan.

Pergilah masuk felda jengka di pahang, lihat macamana anak muda bebas minum macam air sejuk. Berjalanlah di bukit bintang lihat macamana gerai tepi jalanpun jual arak. Siapa yang di belakang civas dan licker? Siapa di belakang carlsberg dan tiger? Carilah rententannya maka rumusannya adalah sama UMNOapco.

Yang jauh datanglah ke dataran merdeka sambut tahun baru, dengan jelas di depan mata anda, anda akan dapat lihat anak muda memegang sorang satu tin, carlsberg atau beer atau tiger.

Sebutlah apa sahaja isu, semua jari akan tertuding ke UMNO. Mereka selalu ingin berselindung disebalik laungan membela rakyat, padahal merekalah yang meruntuhkan bangsa dan merosakkan negara.

Tiada ulasan: