"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kecil SPR tu referee tak betul, kan?

Penarik Beca

Dalam berita Malaysiakini bertajuk "SPR perjelas pemindahan pengundi Kpg Tanjung", Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengakui dia baru tersedar bahawa "lokaliti 228 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh itu sepatutnya diletakkan di kawasan parlimen Selayang".

O pocot! Salah tempat mak oi!!

"Apabila kita semak menggunakan pemetaan geografi berkomputer, barulah kita sedar bahawa daerah mengundi sebenarnya bukan di Hulu Selangor tetapi di Selayang," kata Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Hello! Berapa banyak lokaliti lu letak silap tempat? Lu tau kerja ka, tak tau kerja ka? Kalau orang kata bongok, lu marah. Tapi, lu tak bodoh ka?

Pengakuan itu juga dengan sendirinya memberitahu kita bahawa SPR memang tak betul sejak dari dulu.

SPR dianggap referee dalam pilihan raya negara ini. Kawan-kawan, boleh saya tau berapa ramai yang seronok sangat nak terima referee tak betul? Kalau boleh terima, itu memang betul-betul tak betul!

Bayangkan referee tak betul mengadili perlawanan tinju. Itu sudah kira macam ketuk pintu kubur!

Tiada ulasan: