"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nasir, Sulaiman, Khairy dan Puad confirm Menteri?

salehgong
Sejak beberapa hari lepas ibu kota di kecohkan dengan gossip rombakan kabinet yang bakal diadakan.Pilihan Perdana Menteri pada kali ini dengan memilih ahli kabinet yang baru dilihat sebagai satu langkah yang bijak memandangkan ahli-ahli kabinet yang lama sudah dilihat tidak relevan!

Ramai diantara ahli kabinet yanga ada sekarang tidak berkhidmat dengan baik dan ada juga yang tidak mahir didalam bidang masing masing. Ramai yang dijangka akan gugur dalam rombakan ini antaranya ialah Shabery Cheek (Menteri Belia) jawatannya ini dijangka akan disandang oleh tidak lain lagi Yb Khairy Jamaluddin, dikatakan Najib telah membina kepercayaan terhadap dirinya yang sebelum ini dilihat masih dibayangi bayang-bayang mantan perdana menteri.

Menteri Pelancongan juga dijangka akan digugurkan dan akan digantikan dengan nama yang tidak asing lagi dalam negara iaitu Yb Datuk Seri Sulaiman Taib yang sebelum ini telah meletak jawatan sebagai ahli kabinet tetapi akan membuat come back dengan jawatan menteri pelancongan! Datuk Seri Khaleed Nordin juga khabarnya akan digugurkan dan digantikan dengan Datuk Puad Zarkashi ini adalah kerana prestasi Khaleed yang kurang memberangsangkan. Yb Dato Nasir Fikri pula yang sebelum ini dijangka akan diangkat sebagai ahli kabinet sekali lagi tersenarai dalam senarai baru Perdana Menteri itu sebagai Menteri Kerja Raya ini adalah kerana background beliau yang juga Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Terengganu dilihat sebagai satu faktor untuk diangkat oleh Najib.

Pendek kata agak banyak perubahan yang akan berlaku dalam kabinet yang baru dan marilah kita mengharapkan ini adalah gabungan kabinet yang terbaik pernah ada bagi menyelamatkan negara kita!

-tko-

Tiada ulasan: