"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya masih ingat penyokong2 bantu saya berhabis-habisan siang malam

AMPANG, 23 MEI: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang kebelakangan ini digembar-gembur kononnya bakal keluar parti termasuk dakwaan pengumuman mengadakan sidang media, menceritakan apa yang dilakukannya pada hari semalam.

"Waktu pagi macam biasalah. Saya jumpa dengan masyarakat dan pengundi saya di Pusat Khidmat. Kemudian sekitar jam 11 pagi, saya ke Puncak Alam berjumpa dengan Dr Hamka, bekas setiausaha.

"Selepas itu, saya tertinggal handphone. Saya berbincang-bincang, kemudian balik dan ada banyak miss call. Saya telefon semula. Saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR), Azmin Ali, dia tanya, betulkah saya mahu lompat?

"Saya kata, tidak. Pendirian saya jelas. Bukan pasal isu ini sahaja tapi atas apa isu sekalipun saya tetap bersama parti," katanya kepada TV Selangor, malam tadi.

Pendirian ini diulangi Manikavasagam pada ceramah di Ampang malam tadi, sekali gus berdepan ugutan melalui kejadian simbah cat yang dilakukan pihak tertentu.

Untuk sekian kali, Manikavasagam menafikan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat(PKR) untuk menjadi ahli Parlimen Bebas.

Beliau terpaksa mengulangi kesetiaannya berikutan ada usaha pihak tertentu yang tidak jemu-jemu menyebar fitnah, kononnya mahu keluar parti dengan mengaitkan pendedahannya berhubung isu Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

"Saya masih ingat, ramai yang bantu saya ketika pilihan raya lalu. Mereka siang malam bantu saya, berhabis-habisan untuk saya. Saya ingat jasa mereka. Jangan harap boleh beli saya dengan wang. Saya teguh dengan parti," katanya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: