"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Keshvinder Langgar Perlembagaan, DAP Ambil Tindakan Perundangan.

DAP akan mengambil tindakan perundangan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) yang telah melanggar perlembangaan parti itu.

ADUN yang dimaksudkan ialah ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh dan ADUN Jelapang, Datuk Yit Foong Hee yang telah melompat menjadi ADUN Bebas.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Kor Ham berkata, kontrak yang telah ditanda tangani pada pasca pilihan raya pada 2008 mensyaratkan mana-mana wakil rakyat yang mahu mengundurkan diri mestilah membayar RM 5 juta kepada parti.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Keshvinder yang mendakwa beliau memilih untuk keluar parti kerana kecewa dengan pentadbiran Pakatan Rakyat.

Ujarnya, alasan yang digunakan oleh Keshvender kononnya beliau kecewa dengan pentadbiran Pakatan Rakyat dan kekurangan peruntukan adalah tidak relevan sama sekali.

Jelasnya, ADUN itu sebelum ini memberitahu beliau pernah ditawarkan RM 20 juta untuk melompat parti oleh UMNO, namun ditolak.

Malah sebulan yang lalu, Keshvender juga dikatakan turut “dijemput” oleh ejen UMNO untuk melompat.

Tambah beliau, keadaan kewangan Kashvinder yang semakin mendesak sejak kebelakangan ini adalah pendorong kepada beliau untuk menerima tawaran yang dilakukan oleh UMNO-Barisan Nasional.

Pada 25 Februari lalu, Keshvinder membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Tiada ulasan: