"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai Polis Kehilangan Pistol, 14 Peluru Hidup

SIBU: Seorang pegawai polis melaporkan kehilangan sepucuk pistol bersama 14 butir peluru yang dibawanya, ketika beliau dan seorang rakan setugas sedang tidur dalam bilik di sebuah hotel di sini awal hari ini.

Pegawai itu dan rakannya yang bertugas di Bahagian Betong, sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu mesyuarat esok apabila mereka mendaftar masuk ke sebuah hotel di Kampung Nyabor malam semalam.

Dalam laporan polis itu, pegawai berkenaan berkata, mereka berjaga sehingga 3 pagi, menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia menerusi televisyen dalam bilik mereka di tingkat satu.

Sebelum melelapkan mata, mereka mengunci pintu tetapi tingkap tidak dapat dikunci.

Kira-kira 4 pagi, pegawai terbabit terjaga setelah terdengar bunyi benda jatuh dan apabila diperiksa, beliau mendapati beg kembaranya diselongkar dan pakaiannya bertaburan di atas lantai.

Dalam laporan itu juga, pegawai berkenaan berkata, beliau kehilangan sebuah telefon bimbit bernilai RM1,600.

-bernama-

Tiada ulasan: