"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karnival Kelantan: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

Rizal Tahir
KOTA BHARU, 16 Jun:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Exco-Exco dan pegawai-pegawai kerajaan negeri tidak akan menghadiri majlis perasmian Karnival Kelantan Fiesta 2010 yang akan berlansung pada malam ini.

Ini kerana, pengurus acara berkenaan, Red Carpet Worldwide, didakwa telah melanggar dan tidak menghormati persetujuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung perkara itu.

Adalah dengan rasminya melalui sidang akhbar yang disertai oleh pengerusi-pengerusi bersama Kelantan Fiesta 2010, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Datuk Mejar (B) Mohd Anizam Abd Rahman, Dr Fadzli Hassan dan Abd Fatah Mahmood menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Persidangan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini memutuskan Kerajaan Negeri tidak terlibat dengan penganjuran Kelantan Fiesta atas sebab-sebab pengurus acara program tersebut telah meminggirkan kerajaan negeri dan dianggap menghina YAB Datuk Bentara Setia Menteri Besar Kelantan kerana dihalang daripada berucap.

Pihak istana juga telah mengesahkan hari ini bahawa Yang Maha Mulia Pemangku Raja tidak memperkenankan diri untuk berangkat merasmikan program tersebut.

Pihak pengurus acara telah didapati tidak menepati janji dengan menamakan pihak mereka sebagai penganjur dan hanya meletakkan kerajaan negeri sebagai pihak yang memberi kerjasama.

Tiada ulasan: